Prompt AI Bantu Buat Soalan Ujian/Peperiksaan Dan Skema Jawapan Serta JSU
💡 Tip: Jangan terus minta AI bina soalan. Upload dahulu DSKP/silibus, nota, slide atau modul yang digunakan semasa PdP. Lagi lengkap bahan yang diberi, lagi tepat soalan, skema dan JSU yang dihasilkan.
1. Prompt Bina JSU Bertindak sebagai guru kanan mata pelajaran. Berdasarkan topik, hasil pembelajaran, tempoh PdP dan jumlah markah peperiksaan, bina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) lengkap. Paparkan agihan topik, Taksonomi Bloom, wajaran markah, bilangan soalan objektif, struktur dan esei serta aras kesukaran dalam bentuk jadual.
2.Prompt Bina Soalan Berdasarkan JSU berikut, bina satu set soalan peperiksaan yang lengkap. Patuhi sepenuhnya agihan topik, bilangan soalan, aras kognitif dan markah dalam JSU. [PASTE JSU] Pastikan soalan jelas, tidak berulang dan sesuai dengan tahap murid.
3. Prompt Bina Soalan Objektif Bertindak sebagai guru pakar [Mata Pelajaran]. Bina 20 soalan objektif bagi topik [Topik] mengikut standard KPM. Agihkan aras 30% mudah, 50% sederhana, 20% sukar berdasarkan Taksonomi Bloom. Sediakan 4 pilihan jawapan (A–D), hanya 1 jawapan betul, elakkan soalan mengelirukan dan sertakan skema jawapan dalam bentuk jadual.
4. Prompt Bina Soalan Struktur Bertindak sebagai panel penggubal peperiksaan. Bina 10 soalan struktur bagi topik [Topik] yang merangkumi aras memahami, mengaplikasi dan menganalisis. Setiap soalan mempunyai bahagian (a), (b), (c), nyatakan markah setiap bahagian dan sertakan skema jawapan serta pecahan markah.
5. Prompt Bina Soalan Esei Bertindak sebagai ketua panel peperiksaan. Hasilkan 5 soalan esei bagi topik [Topik] yang menguji analisis, penilaian dan penciptaan. Sertakan situasi jika sesuai, jumlah markah, isi jawapan yang dijangka, rubrik pemarkahan dan contoh jawapan cemerlang.
6. Prompt Bina Soalan KBAT Bertindak sebagai pakar pembinaan soalan KBAT. Bina 10 soalan KBAT berdasarkan topik [Topik] menggunakan situasi sebenar atau kajian kes. Nyatakan aras Taksonomi Bloom, objektif pembelajaran, skema jawapan dan sebab soalan tersebut dikategorikan sebagai KBAT.
7. Prompt Bina Skema Jawapan Berdasarkan set soalan yang diberikan, hasilkan skema jawapan lengkap. Nyatakan jawapan model, isi penting, pecahan markah setiap isi, alternatif jawapan yang diterima, kesalahan lazim pelajar dan panduan pemarkahan dalam bentuk jadual yang mudah digunakan.
Sumber: Threads

Catat Ulasan for "Prompt AI Bantu Buat Soalan Ujian/Peperiksaan Dan Skema Jawapan Serta JSU "