10 Perkara Akan Berkuatkuasa Mulai 1 Jun 2026


1. SPPP - Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma
Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini menawarkan pengecualian fi pendaftaran perniagaan (sehingga RM120) untuk tempoh 2 tahun (berbanding 1 tahun sebelum ini), berkuatkuasa 1 Jun 2026.
Skim ini layak dimohon oleh usahawan B40 dan pelajar sepenuh masa di IPT, politeknik, kolej, serta institut/pusat kemahiran.

2. LINDUNG 24 Jam 
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) PERKESO berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Jun 2026. Skim ini melindungi pekerja sepanjang masa, termasuk di luar waktu bekerja dan semasa cuti, bagi kemalangan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Semua pekerja wajib carum dan caruman ditanggung oleh pekerja sepenuhnya.

3. Akta Sewa Beli Pindaan 2026
Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 berkuat kuasa pada 1 Jun, membawa pembaharuan terbesar dalam industri pembiayaan kenderaan Malaysia. Perubahan utama ini bertujuan meningkatkan ketelusan dan mengelakkan pengguna daripada membayar faedah berlebihan. Antara penambahbaikan terlibat ialah pemansuhan Rule of 78 & Pengenalan Kaedah Reducing Balance.

4. MyKad Baru
Kerajaan akan memperkenalkan MyKad versi baharu dengan 53 ciri keselamatan yang dinaik taraf (termasuk kod QR) mulai 1 Jun. Anda tidak perlu berpusu-pusu ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kad lama masih sah digunakan. Pertukaran adalah tidak wajib dan boleh dibuat mengikut keselesaan atau keperluan anda.

5. Rebat Solar 
Kerajaan Malaysia menawarkan rebat tunai sehingga RM3000 di bawah program SuRIA Home (Sustainable Rebate and Incentive Assistance) bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2026 untuk pemasangan solar bumbung kediaman.

6. ONSA - Dua kod baharu di bawah ONSA akan mula berkuat kuasa 1 Jun 2026 bagi memperkukuh keselamatan kanak-kanak dan pengguna rentan dalam talian. 
Kod CPC dan RMC turut menetapkan tanggungjawab lebih tegas kepada platform digital dalam menangani kandungan memudaratkan serta memperkukuh mekanisme perlindungan pengguna.

7. Pelaksanaan Biodiesel B15
Pelaksanaan adunan biodiesel B15 bermula 1 Jun 2026 adalah langkah strategik memperkukuh keselamatan tenaga negara tanpa menjejaskan eksport minyak sawit berkenaan. B15 mengurangkan kebergantungan kepada diesel fosil import dan menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lebih mampan

8. Peluasan & Penetapan Kuota SKDS
Bermula 1 Jun 2026, penetapan kuota Fleet Cards SKDS antara 900 liter - 5000 liter dilaksanakan bagi sektor pengangkutan darat barangan tertakluk kepada 23 kategori kenderaan. Langkah ini sangat penting demi memastikan subsidi diesel bersasar disalurkan kepada pihak yang benar-benar layak dengan lebih efisien.

9. Kelayakan SKDS Kepada Jip & Pikap
Kerajaan memperluas kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan jenis jip dan pikap bagi sektor pengangkutan darat barangan di seluruh negara bermula 1 Jun ini.

10. Pindaan Perlembagaan Berkenaan Kewarganegaraan
Pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan yang membenarkan pemberian taraf kewarganegaraan secara automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dijangka berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. (akan diumumkan oleh JPN secara rasmi setelah mendapat perkenan YDP Agong)

Catat Ulasan for "10 Perkara Akan Berkuatkuasa Mulai 1 Jun 2026"