CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

tips transfer duit tabung haji

Transfer Duit Direct Dari CIMB Ke Tabung Haji

Sekarang dah mudah kalau nak transfer duit direct dari CIMB ke Tabung Haji.
Nak transfer ke akaun isteri atau anak-anak pun boleh, online je.
Banyak kelebihan sebenarnya kalau transfer dari cimb berbanding bank lain.
1 – Simpanan boleh di buat secara automatik setiap bulan ikut berapa jumlah dan tarikh yang kita tetapkan. Eloklah simpan dulu sebelum belanja sakan.
2 – Setting sekali sahaja untuk buat penolakan automatik secara berjadual setiap bulan melalui CIMBclicks. Nak buat perubahan kemudian pun boleh.
3 – Boleh tambah dan buat favourite akaun tabung haji isteri dan anak-anak supaya mudah nak transfer nanti.
4 – Caj transaksi CIMB (RM0.53) lebih murah berbanding maybank (RM1.06).
5. Automatik transfer ni bagus untuk mereka yang selalu terlupa menyimpan atau yang tak boleh tengok duit ada dalam bank mesti nak keluarkan.
6 – Tolak di bank lebih baik dari tolak di slip gaji. Slip gaji kena cantik nak guna buat loan rumah nanti.
Nota : Setiap transaksi online dari CIMB ke TH akan dikemaskini dalam masa 1-3 hari bekerja, lepas 3 hari baru boleh pergi kemaskini buku TH.

Sumber : tabung haji official