CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2019 tips

Tips Dan Cara Memohon Umrah Murah DIY

Kpd Para Sahabat yg ingin melakukan umrah serta ziarah DIY @ Menguruskan Sendiri …
Hotel boleh apply online cth booking.com, kini ada service transport @ apps Careem (mcm Grab di Malaysia) & Flight @ penerbangan pun boleh booking sendiri …
Saya syorkan kpd mrk yg biasa dtg Umrah & Ziarah …

Tourist/Visit visa ke Kingdom of Saudi Arabia melalui E-visa :

1) Apply E-Visa kena log in dekat https://visa.visitsaudi.com/

2) Klik Apply Now. Lepas tu kena log in for existing user atau Register untuk create account.

3) Kena enter verification code yang akan di hantar melalui email yang register (part of security system). Code kena enter dalam masa 5 minit.

4) Ada 2 jenis application sama ada Individual atau Group. Hanya umur melebihi 18 tahun boleh apply secara Individual.

5) Jika umur di bawah 18 tahun kena apply by Group. Biasa jika nak apply untuk anak, kena apply sekali parents punya application dulu dalam Group dan kemudian add anak punya application. Sebabnya akan ada bahagian dekat form di mana kena isi detail parents atau penjaga semasa isi anak punya application.

6) Pertama yg penting ialah gambar mesti background putih saiz seperti passport atau umrah. Kedai gambar biasa tau macam mana nak setting gambar ni.

7) Gambar mesti resize less than 100kb dengan resolution 200×200 pixel. Boleh guna website ni nak setting gambar https://resizeimage.net/ (Pilih no 4 Resize Your Image – just untick Keep Aspect Ratio dan isi dekat ruang pixel ikut setting 200 x 200 px then klik Resize.

8 ) Untuk Bahagian Nama ada 3 ruang nak kena isi.

9) 1) Given Name – Letak nama kita sendiri sahaja tanpa Bin/Binti (15 aksara sahaja di benarkan) siapa yang ada nama panjang agak sukar dekat sini kerana kena sambung nama di Middle Name

10) 2) Father Name or Middle name – boleh kosong kan kalau nama pendek atau boleh letak sambung nama yang panjang dari Given Name atau boleh letak Bin/Binti jika nama bapa melebihi 15 aksara

11) 3) Last Name or Family Name – ni boleh letak Bin/Binti sekali nama bapa jika no 2 di atas di kosongkan atau nama bapa sahaja jika no 2 dah letak Bin/Binti.

12) Details diri yang lain seperti biasa. Profession boleh letak apa pekerjaan kita. Untuk anak boleh letak Student atau None.

13) Current Residence Address kena letak alamat kita di Malaysia walaupun kita berada di luar negara.

14) Kemudian isi maklumat passport seperti biasa.

15) Kena isi Date of Arrival dan Date of Departure. Make sure duration dari Date of Arrival dan Date of Departure mesti kurang dari 90 hari. Visa ni valid setahun dan maximum stay adalah 90 hari setiap kali visit. Lepas 90 hari kena keluar dari Saudi Arabia dan boleh masuk balik selepas itu.

16) Select All untuk Purpose of Visit untuk muslim dan untick Umrah untuk non muslim.

17) Residence Address boleh letak nama proposed hotel yang nak duduk atau boleh guna alamat jika ada sahabat yang ada menetap atau bekerja di Saudi Arabia.

18)  Insurance just klik Agree untuk bayar insuran nanti masa payment. Better ambil travel insurance sendiri dekat Malaysia untuk sebarang emergency di Saudi Arabia.

19) Then last Term & Condition. Boleh baca lepas tu boleh klik Agree.

20) Sebelum bayar boleh Review Application untuk check semua maklumat betul atau tidak.

21) Untuk Group application terpulang sama ada nak bayar asing-asing atau bayar dulu setiap satu visa yang dah di isi. Jika nak bayar sekali harung dekat last page tu boleh klik add application dulu dekat bawah (agak kecil takut tak perasan) dan follow semua step di atas untuk new application.

22) Lepas Payment settle insha Allah just tunggu email keputusan visa. So far dari experience yang ada buat masa sekarang cuma ambil masa 5 minit untuk approval lepas selesai bayaran. Mungkin akan ambil masa yang lama di kemudian hari jika ramai yang apply tourist visa ni.

Tips semasa apply :

1) Harga visa SR 300, Insuran SR 133, VAT SR 22 dan transaction fee SR 8.44. Total SR 463.44 .

2) Visa ni untuk semua warganegara Malaysia boleh apply. Cuma untuk kemasukan ke Mekah & Madinah hanya kepada Muslim. Untuk wanita muslim tak perlu detail Mahram untuk apply tourist visa ini.

3) Visa ni tak perlu ada booking hotel atau booking flight detail. Cuma perlukan alamat hotel atau jika ada rakan di Saudi Arabia.

4) Visa ini boleh digunakan untuk melawat dan boleh juga digunakan untuk umrah bagi muslim.

5) Validity visa setahun (365 hari). Visa valid dari tarikh approval visa berkenaan. Boleh apply awal terpulang kepada masing-masing sebab buat masa sekarang approval visa ambil masa 5 minit je lepas payment selesai. Better apply paling lambat seminggu sebelum plan nak masuk ke Saudi Arabia untuk elakkan sebarang kemungkinan.

6) Maximum stay ialah 90 hari untuk setiap kali visit. Visa ini akan ditutup buat sementara waktu semasa musim haji. Kemungkinan sebelum atau dari 1 Zulhijjah sampai 1 Muharam (ikut kalendar Islam) tidak dibenarkan masuk menggunakan tourist visa untuk memberikan ruang kepada jemaah menunaikan ibadah haji.

7) Apply visa kena dalam keadaan tenang untuk isi semua bahagian kerana jika ada kesalahan details lepas approval agak sukar untuk dibetulkan.

8 ) Jika visa kena reject lepas application, kos tidak akan di kembalikan. Dekat sini memang kena betul-betul isi semua bahagian tanpa sebarang kesalahan.

9) Passport validity mestilah lebih dari setahun masa apply kerana visa ni valid setahun. Jika passport hilang atau expired, kena apply balik kerana application lama akan terbatal kerana bertukar passport no.

10) Tourist visa ni tak boleh digunakan untuk bekerja dan harap tidak di salah guna oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan privilege kepada warganegara Malaysia tidak di tarik balik oleh kerajaan Saudi Arabia.

11) Untuk setiap page masa nak isi form online, masa yang diberikan adalah maksimum 10 minit sahaja bagi setiap page yang di beri. Pastikan semua maklumat yang diperlukan siap sedia di depan PC / Laptop masa apply untuk elakkan kena log in semula.

12) Visa ini juga memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia yang menetap di luar negara yang tidak mempunyai embassy dari Saudi Arabia jika ingin memohon visa umrah. Just apply visa secara online dan boleh masuk menunaikan umrah selain daripada musim haji. Harap visa ini tidak disalah guna untuk stay menunaikan haji kerana belum ada kebenaran lagi diberikan oleh kerajaan Saudi Arabia.

13) Visa ini juga boleh digunakan untuk transit. Contohnya anda menggunakan Saudi Airlines dan transit yang lama di Jeddah airport selama 12 jam. Dengan visa ini anda boleh merancang untuk keluar dari airport untuk ziarah sekitar Jeddah. Jika anda merancang untuk buat umrah semasa transit agak berisiko kerana perlukan persediaan rapi selain perlu dalam berihram dan miqat semasa dalam penerbangan. Adalah lebih afdal dapatkan nasihat dan rujukan dari pakar dalam bidang agama untuk perkara ini.

14) Selain itu visa ini juga boleh digunakan untuk tujuan umrah jika anda datang melawat ke GCC Country atau sekitarnya. Sebagai contoh jika anda melawat keluarga / rakan di Bahrain dan jika ada visa ini maka boleh merancang masuk ke Saudi Arabia untuk menunaikan umrah dari Bahrain. Ini memberi kemudahan kerana sebagai contoh visa umrah di Bahrain hanya diberikan kepada pemegang residents permit sahaja. Selain itu duration of stay adalah 90 hari berbanding 30 hari untuk visa umrah.

Selamat Berjaya. Jom ziarah Kingdom of Saudi

Perkongsian daripada,
Jurutera Musafir
Kingdom of Bahrain

Sumber FB