CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2021 spdpr

Spdpr KPM 2021 SPPerak.moe.gov.my

SPdPR KPM merupakan salah satu sistem yang dibangunkan oleh KPM  bagi kemudahan guru untuk proses PDPR dengan pelajar.

Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

SPdPR KPM Satu Sistem Pelaporan Yang Memudahkan Guru Di Malaysia

Pada waktu ini, negara kita sedang berhadapan dengan wabak Covid-19. Disebabkan itu, kebanyakkan syarikat telah di arahkan bekerja di rumah dan sekolah juga di tutup. Justeru itu, segala proses pembelajaran terpaksa dilakukan di rumah atau dalam erti kata lain PDPR. Disebabkan itu, kerajaan mula mewujudkan pelbagai sistem PDPR demi untuk memudahkan guru dan pelajar untuk proses PDPR. Salah satu sistemnya adalah SPdPR KPM.

Cara Pendaftaran Kelas SPdPR KPM

Untuk menggunakan sistem SPdPR KPM, Penolong Kanan Pentadbiran perlu daftar masuk SPdPR KPM dan mendaftar semua kelas di sekolah sebelum guru boleh membuat pengisian laporan PdPR. Cara untuk mendaftarkan kelas SPdPR adalah berikut:

Untuk mendaftar kelas, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan klik menu daftar kelas dan selepas itu anda perlu isi segala maklumat yang diperlukanKemudian, anda perlu mengisi nama Kelas. Ia perlulah bermula dengan angka (contoh 1 Bestari)Selepas selesai mengisi perkara di atas, anda perlu mengisi pula bilangan murid berdasarkan rekod yang terdapat di dalam APDMBagi kelas gabung,nama kelas perlu ditulis seperti 1 Bestari Bijak CerdikSelepas itu, anda perlu mengisi bilangan murid pula berdasarkan 3 kelas tadi.Pendaftaran kelas hanya perlu dilakukan sekali sahaja oleh PK Pentadbiran atau guru yang melaksanakan kelas gabungan.