CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2021 spdpr

SPdPR Bantu Mudahkan Guru Dan Pentadbir

PENGAJARAN dan pembelajaran di rumah (PdPR) kembali dilaksanakan selepas jangkitan COVID-19 meningkat ketara.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil inisiatif menyusun kembali kurikulum pembelajaran di sekolah sesuai situasi semasa. Ia bagi memastikan murid tidak tercicir.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pula mewujudkan Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR) yang perlu dilengkapkan guru setiap hari.
Inovasi dan inisiatif JPN Terengganu ini kini mula diguna pakai di negeri lain seperti di negeri Perak iaitu Sistem Pelaporan PdPR Negeri Perak. Sistem ini bertujuan mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), JPN serta KPM.
Sistem diwujudkan ini inovasi yang sangat membantu, di mana guru dan pentadbir dapat melihat sendiri kelancaran PdPR dilaksanakan.
Guru dapat membuat penilaian kendiri sekiranya melihat statistik murid tidak memberangsangkan.
Pentadbir dapat mengenal pasti guru yang belum melengkapkan SPdPR dengan mudah. Bukan untuk mencari salah guru, tetapi mengenal pasti jika ada yang berhadapan masalah teknikal ketika PdPR.
SPdPR membantu guru untuk lebih jelas mengenai kaedah penyampaian boleh gunakan. Guru boleh melaksanakan PdPR secara dalam talian, luar talian atau secara lapangan.
SPdPR juga memberi panduan kepada guru sama ada ingin menggunakan kaedah modul atau projek untuk diberikan kepada murid. Guru diberi autonomi memilih kaedah terbaik bagi memastikan PdPR lancar dan maklumat sampai kepada murid.
Tuntasnya, inovasi ini memberi banyak manfaat kepada guru dan pihak sekolah. Perkara disampaikan guru ketika PdPR juga dapat didokumentasikan secara automatik dalam talian.

Data dikumpul dapat dijadikan bukti pelaksanaan PdPR dan dijadikan data taksiran untuk melihat keterlibatan murid dan keberkesanan PdPR.

Sumber Berita Harian