CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

rumah penginapan persekutuan rumah peranginan persekutuan silverlight

Selamat Bercuti Sekolah Dan Cuti-Cuti Malaysia

Salam bercuti kepada semua. Andai kata anda semua nak bercuti di dalam Malaysia. Ke mana destinasinya? Apa yang perlu difikirkan sebelum bercuti ialah ‘budget’ @ ongkosnya? Paling tidak pun RM1000 juga melayang disebabkan pelancongan kita ni. Ada yang merasakan ianya berbaloi-baloi (tiru Celcom) walaupun membelanjakan wang yang agak banyak. Rm1000 banyak jugak tu ‘beb’. Bagi yang bergaji RM10,000 sebulan mungkin tiada masalah. Akan tetapi yang bergaji hanya RM2000-RM3000 sebulan mungkin agak keberatan.

Sebagai kakitangan kerajaan, marilah kita bersama menggunakan kemudahan yang telah kerajaan sediakan. Bercuti hanya dengan kadar RM20-RM80 untuk penginapan di rumah-rumah rehat persekutuan. ‘Save budget’ bukan? Bagaimana caranya nak dapatkan penginapan ini? Sila layari website -> di sini

*pastikan anda mempunyai perisian Microsoft Silverlight untuk melayari website Rumah Peranginan Dan Penginapan Persekutuan