CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2021 tips

Sarapan Pagi Enak Dan Mudah

pancake enak dan sedap

Biasanya breakfast orang Malaysia ni mesti makanan berat seperti nasi lemak, roti canai, mee goreng, nasi goreng, lontong dan macam-macam lagi. 

Apa kata kali ni kita tukar selera makan pancake pulak. Ada banyak laman web yang kongsikan resepi pancake yang mudah, sedap dan gebu.

Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.

Lempeng ini sering ditambah manisan seperti sirap, madu, coklat cair, susu sejat, mentega, buah-buahan dan gula.

Di Malaysia, seperti lempeng kelapa. Di Jepun seperti Okonomiyaki yang menggunakan kobis sebagai bahan utama. Dimana, bahan-bahan seperti sayur-sayuran dan daging digunakan.

Pancake gebu gebas ni mudah je nak sediakannya. Kanak-kanak lelaki yang berumur 12 tahun pun boleh buat sebab cara dan bahannya senang je. Pancake ni saya letak susu segar untuk menambahkan lagi rasa lemaknya. Boleh juga gantikan susu segar dengan susu cair.