Salam Ramadhan 2009 Masihi Bersamaan 1430 Hijrah
Nak tau kat mana aku terawih? Tgk gambar dibawah

Masjid Kampung Jambu, Taiping
Di sini aku nak kongsi berkenaan puasa yg kunjung tiba
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
1 COMMENTS
Comments are closed.
Selamat menjalani ibadah puasa…Pasti ada kelainan menjalani Bulan Ramadhan bersama isteri..(sahur pagi ni mak masak ikan terubuk masak asam pedas…)