CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

emakku hamidah ibu sajak buat ibu zainab binti dahalan

Sajak Buat Ibuku, Hajjah Zainab Binti Haji Dahalan

ibu,
inginku ucapkan ribuan terima kasih atas segalanya,
kau berikan ku kehidupan yang sebenar,
kau menjaga dan mendidik ku dari kecil hingga dewasa

ibu,
kasih sayang mu tidak dapt ku balas dengan wang ringgit,
kasih sayang mu sesuci bunga putih malah lebih suci dari itu

ibu,
ingin ku ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi,
atas kasih sayang yang telah kau curahkan,
kau menatang ku umpama minyak yang penuh

ibu,
aku amat bangga mempunyai seorang ibu sepertimu,
seorang wanita yang tabah menghadapi liku2 kehidupan,
kau menghadapi dugaan itu dengan tabah

ibu,
andainya kita dipisahkan suatu hari,
maafkan diriku ini atas segala kesalahanku,
akan ku ingat segala jasa dan pengorbananmu,
sehingga hembusan terakhirku..

1 COMMENTS

  1. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Comments are closed.