CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2019 preview filem

Ringkasan Filem Tamil Berkisar Tentang Pendidikan

Ratchasi sebuah filem Tamil yang mengangkat beberapa isu berat dalam sistem pendidikan di India. Aku sebenarnya baru habis menonton filem ni sebentar tadi, dan aku rasa aku kena ajak kalian semua tonton cerita ni.

Antara isu yang utama dalam filem ni
1) perbezaan pendidikan kerajaan dengan pendidikan swasta;
2) sikap guru kerajaan dan penjawat awam yang korupsi;
3) ketaksuban kasta menyebabkan anak-anak saling bermusuh;
4) campur tangan politik dalam pendidikan

Watak Gheeta Rani yang dimainkan oleh Jyotika benar-benar berkesan. Ada ketegasan tapi dalam masa yang sama mencintai kemenjadian murid dan amanah dalam tanggungjawab. Antara filem Hindustan dan filem Tamil, aku rasa filem Tamil ada fantasi yang real berbanding Hindustan. Setting yang agak cantik, cinematografi yang hebat, skrip dan jalan cerita memang dekat di hati aku memandangkan aku seorang guru.

Dalam filem ni, dapat kita lihat banyak idea dalam pendidikan. Paling aku suka elemen KBAT yang digunakan dalam filem ni memang menampakkan bagaimana sistem pendidikan di sekolah itu sepatutnya berjalan. Penglibatan PPD yang turun ke sekolah kerana ada aduan tu saling tak tumpah macam yang berlaku di negara kita.

Pada aku filem Raatchasi ni cukup perasanya. Ada thriller sikit, ada komedi, ada juga bahagian yang sedih. Pandai penulis skrip nya merancang siapa sebenarnya Gheeta Rani ni sehingga begitu hebat sampai mampu berlawan dengan samseng yang mengerahkan murid-murid miskin menjadi buruh paksa! Siapa sebenarnya Gheetha Rani ni?? Yang ni kalian kena tengok sendiri.

Moral daripada cerita ini, walau apa pun tugas kita di muka bumi ini, pastikan kita mengutamakan pendidikan anak-anak. Soal miskin atau kaya, kerajaan atau swasta, anak-anak ini mempunyai hak untuk berjaya dalam hidup. Sikap ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Dalam cerita ni, aku anggap kehadiran Gheeta Rani ke kampong itu ( ada sebab kenapa dia pilih kampong terpencil di bahagian selatan India) membuka satu dimensi baru dalam dunia pendidikan terutama kawasan luar bandar.

Ada beberapa babak kecindan yang aku memang tersipu-sipu masa menonton cerita ni, antaranya :
1) Cikgu Bahasa Tamil saban tahun hantar anak murid ke pertandingan bacaan puisi tapi kalah setiap tahun LALU Gheeta Rani menghantar seorang guru Matematik untuk ke pertandingan ni, tapi dibantah oleh guru BT itu. Pendek cerita mereka menang tahun tu! Moment murid tu selesai buat persembahan, dia terus mendapatkan cikgu Matematik ni dan memeluk cikgu tu..Allahu, it was a priceless prize for a teacher.😭
2) Guru besar sekolah swasta yang bersaing dengan Gheeta Rani ni berwatak antagonis tapi bila surat arahan pertandingan sampai dalam bahasa Inggeris, dia tak paham! πŸ˜†πŸ˜†
3) watak seorang kanak-kanak yang suka berimaginasi tentang Gheeta Rani ni sehingga dia berani ajak guru besar dia kahwinπŸ˜‚
4) watak pemandu Tu’tu yang menghantar dan menjemput Gheeta Rani ni tak tahu yang dia bercakap dan mengata tentang Gheeta Rani ni, tapi Gheeta ni layankan je. Bila dia dapat tahu, tercengang dia.🀣
5) Watak menteri pembangkang yang suka cari jalan untuk memecat Gheeta Rani sampai upah samseng untuk mencederakannya, tercengang dan runsing bila dapat tahu siapa Gheeta ni sebelum jadi guru besar dan boleh menampar samseng tu sampai bengkak muka- akhirnya menteri ni mengaku kalah sebb anaknya bersekolah di situ dan berjaya. Tang ni mata aku berkaca-kaca bila isteri menteri ni berterima kasih kepada Gheeta Rani..😭

Panjang pulak aku tulis kali ni. Pendek kata filem ini hadiah kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Benar-benar memberi inspirasi dan terima kasih kepada penulis cerita ini yang memaparkan realistik dunia pendidikan di sekolah yang kekurangan sumber dari mula sampai akhir cerita. Kita tak mampu nak ubah sistem, tapi kita boleh ubah masa depan anak murid kita dengan pendidikan! Ayuh semangat..!!πŸ’ͺ🏻

Sumber FB