CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

resepi

Resepi Mee Bandung Warisan Abah

RESEPI MEE BANDUNG WARISAN ABAH
PES MEE BANDUNG
(Pes ni leh frozenkan, tahan lama)
👉 Cili Kisar jadikan 1blender
👉 Bawang putih (10 ulas)
👉 Bawang besar (4 ke 5 biji)
👉 Udang Geragau/Pepai (rendam dulu) lepastu kisar dptkan 2 blender
Siap blender sema, tuang dlm periuk/ kuali masak api kecil sampai air kering utk jdkan pes
(kaedah rebus ye.. Bkn tumis guna minyak) 
Pes ni boleh juga buat pes mee goreng
👉 Goreng kacang tanah & blender kering + biskut lemak/cream cracker  (ditumbuk halus)
Fungsi biskut utk pekat kan kuah
👉 Daging di rebus & ambil air rebusan..ni yg buat sdp mee bandung tu..
Cara masak utk seorang makan
( kalau ramai boleh gandakan ye)
➡️Panaskan minyak & tumis 2 sudu pes mee bandung) 
➡️Masukkan 2 senduk besar/2 cawan air rebusan daging
➡️Perasakan 1/2sudu kecil garam, 2 sudu gula, sedikit penambah perisa
(Mee bandung ni kena rasa manis) 
➡️Pecahkan telur.
➡️Dah mendidih masukkan kacang kisar, perencah spt daging/ udang/sotong rendam 
➡️Masukkan mee, sawi & tomato
Siap utk d hidangkan..👏