CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

skpm 2010 standard kualiti pendidikan malaysia 2010

PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (PKS-SKPM) MENGGUNAKAN INSTRUMEN BARU STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)


Merujuk surat KP(JNJK)1100/4/C (41) bertarikh 31 Januari 2011

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya SKPM 2010 yang digunapakai sebagai dokumen rasmi penarafan sekolah bagi menggantikan SKPM-Sekolah. Penggunaan SKPM-Sekolah akan ditamatkan setelah pengisia Skor PKS -SKPM oleh Disekolah rendah pada 15 hingga 22 Disember 2010.

2. Mulai tahun 2011, pelaksanaan PKS -SKPM dan penilaian pencapaian Tawaran Baru akan dibuat menggunakan SKPM 2010 adalah berdasarkan pencapaian sekolah dalam tahun 2010. Semua sekolah hendaklah mengemukakan skor PKS-SKPM kepada jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti secara atas talian melalui portal e-penarafan www.moe.gov.my/skpm mengikut maklumat proses kerja yang dilampirkan.

3. Adalah diingatkan kepada pihak sekolah supaya mengemukakan maklumat yang benar semasa pengisian PKS-SKPM, kerana sebarang maklumat yang tidak benar boleh disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 134(c) Akta Pendidikan 1996.

PROSES KERJA PENGISIAN SKOR SKPM 201 (VERSI BARU) BAGI SEKOLAH RENDAH

1. 1 Feb Hingga 27 Feb 2011
– Pengisian Skor SKPM-2010 dalam portal e-penarafan oleh semua sekolah.
www.moe.gov.my/skpm

2. 28 Feb Hingga 5 Mac 2010 – Pemantauan skor SKPM-2010 oleh PPD dan JKNK. www.moe.gov.my/skpm

3. 7 Hingga 11 Mac Penghantaran Pengesahan Skor SKPM-2010 oleh pihak sekolah. www.moe.gov.my/skpm

4. 21 Mac 2011 – Pengumuman Ranking Sekolah Rendah

5. 21 Hingga 25 Mac 2011 – Pihak sekolah :
– menyemak ranking
-mencetak Bai’ah
-menandatangan Akad Bai’ah
-meghantar salinan Akad Bai’ah kepada PPD
www.moe.gov.my/nkra

Maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut sila hubungi :
Tn Hj Zulcapli B Baharom (Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti )
No. Tel Pejabat : 058084610
HP: 0195783274