Aduhai boleh pitam Cikgu sekolah macam ni.. 🤣🤣🤣
Soalan hari pertama sekolah:-
Cikgu Suraya : murid2, sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf G ?
Anuar : Gajah 🐘
Cikgu Suraya : bagus !!! Sekarang sebutkan nama binatang bermula dengan huruf D ?
Anuar : Dua gajah 🐘 🐘
Cikgu Suraya : anuar, jangan main2 !!… berdiri !!… murid2 lain ada jawapan ?
Semua murid senyap tak tahu jawapan…
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yang bermula dengan huruf M ?
Murid2 lain sentap.. tiba2…..
Anuar : Mungkin gajah…🐘
Cikgu Suraya : anuar….. main2 lagi..pegi berdiri diluar kelas !!
Murid2 diam tak tahu jawapan…
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula dengan huruf J ?
Semua murid diam tak tahu jawapan.. tiba2….. kedengaran suara dari luar kelas…
Anuar : Jangan jangan gajah…🐘
Cikgu suraya betambah marah 😡 lalu menyuruh Amran menutup pintu kelas..
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula huruf A ?
murid2 semua jg diam…tiba2 anuar menyampuk dari luar tingkap..
Anuar : Anak gajah..🐘
sekali lagi cikgu suraya menyuruh amran menutup tingkap..
selang beberapa minit suara anuar tidak lagi kedengaran…
cikgu Suraya menyuruh amran keluar mencari anuar..tapi tiada..
Cikgu Suraya : takpa murid2..biarkan anuar…
cikgu bertanya lagi soalan pada murid2nya…
Cikgu Suraya : sebutkan nama binatang yg bermula dgn huruf K ?
murid2 semua juga diam…
………tiba2…..suara anuar dgn pembesar suara…..
Anuar : Kompom gajahhh 🐘 📣 📣 📣
😂 😂 😂
jgn ketawa fren..😷 😷 😷 Sambungan cerita gajah
cikgu Suraya : anuarrrrr….masuk kelas sekarang.
Anuar : Tadi suruh keluar. sekarang suruh masuk plak.
cikgu suraya: Oleh kerana kamu pandai sangat, cikgu nak tanya kamu 1 soalan. Kamu ada kain pelikat kan?
Anuar : Ada cikgu. Kain pelikat Gajah Duduk cikgu.
Cikgu Suraya : Anuarrr….x abis lagi dengan gajah kamu ni. Ok lah. Kalau kamu pandai sangat, kenapa kain pelikat tu nama dia “Gajah Duduk”?
Anuar: Sebab kalau saya salah duduk masa pakai kain tu, nanti belalai gajah terkeluar.
cikgu Suraya : Anuoorrrrrrr……