CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

jjcm

Laksa Dan Cendol RM1 Di Parit Buntar Perak

Cendol Malaysia

Cendol ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.

Nama alternatif ialah ais cendol dan tempat asal cendol ialah dari Malaysia (sumber wikipedia).

Cendol juga terdapat di Singapura dan Indonesia. Namun, terdapat beberapa kelainan di dalam cara hidangan dan bahan di dalam penyediaan cendol tersebut. 

Cendol Singapura 

Suhu hidangan dalam keadaan sejuk dan sangat sedap diminum semasa cuaca panas. 

Bahan utama ialah gula perang, santan ais dan jeli hijau.

Pada masa kini, masih terdapat cendol yang sangat murah berharga seringgit RM1 sahaja semangkuk dengan rasa yang sedap. Dengan harga yang sangat murah, anda boleh makan cendol yang enak bersama laksa. Kedai yang dimaksudkan terdapat di pekan Batu 5, Parit Buntar, Perak.

Che Ani Legacy – Cendol Dan Laksa Murah RM1

Terdapat beberapa menu lain yang terdapat di kedai makan ini seperti bihun sup, mee sup, mee kari dan ais batu campur ABC dengan harga yang sangat murah. Jangan terkejut, walaupun harganya murah, kualiti rasa bagi makanan tersebut masih sedap dan cukup ramuannya.

Che Ani Legacy Cakes House 

Lokasi: No.4, Gerai MDK, Jalan Baharu Batu 5, Kerian 
Waktu Operasi: 11pg -7mlm (Isnin tutup)