CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

info

Kereta Kabel Terpanjang Di Dunia

Kereta kabel ini merentasi laut yang menghubungkan antara bandar An Thoi dan Pulau Hon Thom adalah merupakan kereta kabel terpanjang di dunia di atas laut, panjangnya lebih kurang 8km. Kereta kabel terpanjang di dunia ini disokong oleh 9 pendukung, 7 daripadanya tepat di laut. Sokongan tertinggi mencapai ketinggian 115 m, di mana 40 m berada di bawah air. Ianya bergerak 70 m di atas air, dan mereka bergerak agak perlahan – keseluruhan perjalanan dalam satu arah mengambil masa kira-kira 20 minit.
Kereta kabel terpanjang di dunia ini terletak di negara Vietnam. Ia dibina pada tahun 2007 dan direka oleh jurutera Swiss. Ia mempunyai 70 buah gondola yang boleh membawa 30 penumpang setiap satu dan juga dikatakan yang paling selamat dan tercanggih di dunia. Penumpang yang menaikinya boleh menikmati pemandangan 360 darjah pulau tersebut dan juga lautan di sekelilingnya.
Jom cuti-cuti di Vietnam!!!