CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

pengendali ptk 2010 tuntutan majlis peperiksaan tuntutan perjalanan tuntutan perjalanan guru data tuntutan perjalanan kelas c tuntutan perjalanan mpm

Kelas Dan Kadar Tuntutan Perjalanan Kakitangan Kerajaan


GARIS PANDUAN BAGI TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN, ELAUN MAKAN, ELAUN HARIAN DAN BAYARAN SEWA HOTEL


Asas perubahan kadar tuntutan, sebaranag potongan atau pertambahan kadar tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa tidak akan dimaklumkan.

Penghantaran borang tuntutan hendaklah dibuat secara bulanan, iaitu sebelum 10hb pada bulan berikutnya. Jika borang tuntutan tidak dapat dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan maka, surat tunjuk sebab kelewatan perlu disertakan.

Perkiraan jarak perjalanan perlu merujuk kepada kadar sebenar seperti di dalam ‘Google Maps’. 

ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
·         Jarak perbatuan adalah merujuk kepada jarak pada ‘Google Maps’.
·         Panduan :-
1)      Pergi ke lama web http://maps.google.com.my
2)      Klik pada ‘Get Direction’ (by car)
3)      Isi ruangan A dan B
·         A – nama tempat: dari mana
·         B – nama tempat : ke mana
·         Contoh: A = Jalan Cenderasari, Kuala lumpur
               B = Hospital Kuala Lumpur
4)      Klik pada ‘Get Direction’ semula
5)      Pilihan jalan akan dipaparkan
·         Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur semasa menjalankan tugas rasmi tidak layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan.
·         Elaun Perbatuan :-
Jarak perjalanan rasmi bagi tiap-tiap satu bulan
Kelas (sen/km)
A
B
C
D
E
500 kilometer pertama
70
60
50
45
40
501-1,000 km
65
55
45
40
35
1,001-1,700 km
55
50
40
35
30
1,701 km dan seterusnya
50
45
35
30
25
·         Penentuan kelas adalah bergantung kepada kadar gaji atau sukatan silinder (mengikut mana yang terendah)
·         Kelas dan sukatan silinder :-
Kelas
Gaji
Sukatan Silinder Kenderaan (s.s)
A
Tidak kurang dari RM 2,323.41 sebulan
1400 s.s ke atas
B
Tidak kurang dari RM 2,064.60 sebulan
1000 s.s ke atas
C
Tidak kurang dari RM 1,611.28 sebulan
Di bawah 1000 s.s
D
Kurang dari RM 1,611.28 sebulan
Tidak kurang 175 s.s
E
Kurang dari RM 1,611.28 sebulan
Di bawah 175 s.s
·         Jika perjalanan melalui tol, maka laluan tol perlu dinyatakan pada kenyataan tuntutan dan disertakan dengan resit asal atau salinan Touch & Go.
·         Tarikh dan masa perjalanan tugas rasmi/berkursus perlu dicatatkan.
·         Tugas rasmi di luar waktu pejabat, pada hari minggu dan cuti umum – Lampiran A perlu disertakan.
·         Tugas rasmi di luar ibu pejabat – Lampiran P15 perlu disertakan.
ELAUN MAKAN
·         Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut Elaun Makan mengikut kadar seperti berikut :-
Gred
Semenanjung Malaysia (RM)
Sabah, Labuan dan Sarawak (RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas
115.00
165.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’
100.00
130.00
53 dan 54
85.00
115.00
45 hingga 52
60.00
80.00
41 hingga 44
45.00
65.00
17 hingga 40
40.00
55.00
1 hingga 16
35.00
50.00
Catatan: Hilang Kelayakan Tuntutan Elaun Makan
1.       Elaun makan tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
2.       Elaun makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur. Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut sebahagian makan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :-
a)      Sarapan pagi – 20% daripada Elaun Makan
b)      Makan tengah hari – 40 % daripada Elaun Makan
c)       Makan malam – 40% daripada Elaun Makan
ELAUN HARIAN
·         Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu Pejabatnya bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam adalah layak menuntut Elaun Harian.
                                      Perkiraannya adalah : ½ daripada Elaun Makan
BAYARAN SEWA HOTEL
·         Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar seperti berikut :-
      a)      Semenanjung Malaysia
Gred
Sewa Hotel (Maksimum)
(RM)
Elaun Lojing
(RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas
Sebenar (Standard Suite)
80.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’
Sebenar (Bilik Superior)
75.00
53 dan 54
Sebenar (Bilik Biasa)
70.00
45 hingga 52
180.00
60.00
41 hingga 44
160.00
55.00
27 hingga 40
140.00
45.00
17 hingga 26
130.00
40.00
1 hingga 16
120.00
35.00
   
     b)      Sabah, Labuan dan Sarawak
Gred
Sewa Hotel (Maksimum)
(RM)
Elaun Lojing
(RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas
Sebenar (Standard Suite)
85.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’
Sebenar (Bilik Superior)
80.00
53 dan 54
Sebenar (Bilik Biasa)
75.00
45 hingga 52
200.00
70.00
41 hingga 44
170.00
60.00
27 hingga 40
160.00
50.00
17 hingga 26
150.00
45.00
1 hingga 16
140.00
40.00
Catatan :
1.       Tuntutan Bayaran Sewa Hotel bagi pegawai-pegawai hendaklah berpatutan dan munasabah.
2.       Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus menerus termasuk hari kelepasan am dan mingguan.
3.       Seseorang pegawai layak menuntut bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan yang wajib ke atas sewa hotel sebagai tambahan kepada maksimum kelayakannya.
4.       Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika tempat penginapan disediakan oleh pihak Kerajaan atau Penganjur.
5.       Jadual program sepanjang tugas rasmi tersebut perlu disertakan.
KADAR ELAUN MAKAN, BAYARAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOJING SEMASA BERKURSUS ( KECUALI KURSUS PRA PERKHIDMATAN) DI DALAM NEGERI
      a)      Semenanjung Malaysia
Gred
Elaun Makan
(RM)
Sewa Hotel
(RM)
Lojing
(RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf
90.00
Bilik Biasa
80.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf
90.00
Bilik Biasa
75.00
53 dan 54 atau Yang Setaraf
70.00
Bilik Biasa
70.00
45 hingga 52 atau Yang Setaraf
60.00
145.00
60.00
41 hingga 44 atau Yang Setaraf
45.00
130.00
55.00
17 hingga 40 atau Yang Setaraf
40.00
80.00
35.00
1 hingga 16 atau Yang Setaraf
35.00
65.00
30.00

 (b)      Sabah, Labuan dan Sarawak
Gred
Elaun Makan
(RM)
Sewa Hotel
(RM)
Lojing
(RM)
Utama/Khas ‘A’ dan ke atas atau Yang Setaraf
120.00
Bilik Biasa
85.00
Utama/Khas ‘B’ dan ‘C’ atau Yang Setaraf
120.00
Bilik Biasa
80.00
53 dan 54 atau Yang Setaraf
90.00
Bilik Biasa
75.00
45 hingga 52 atau Yang Setaraf
80.00
160.00
70.00
41 hingga 44 atau Yang Setaraf
65.00
140.00
60.00
17 hingga 40 atau Yang Setaraf
55.00
100.00
40.00
1 hingga 16 atau Yang Setaraf
50.00
80.00
35.00
·         Perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke tempat latihan sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian adalah sekali sehari tidak melebihi 6 hari.
·         Jadual program sepanjang tempoh berkursus perlu dilampirkan bersama.

      Klik di bawah untuk dapatkan borang tuntutan:-

3 COMMENTS

Comments are closed.