CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

tips

Kedudukan Yang Terbaik Beli Rumah Teres

Posisi rumah yang baik menurut islam
GUNA KOMPAS PILIH RUMAH? 
1. Kesalahan pilih rumah dan kedudukan matahari beri kesan haba panas dan bil elektrik yang tinggi dalam rumah kita. 
2. Bawa satu kompas kecil waktu ingin beli dan lihat rumah yang kita nak beli. Panduan ini bagi membeli rumah jenis teres tengah sahaja bukan tepi.
3. Dinding hadapan rumah yang ada pintu sliding kaca yang besar dan  tingkap sebaiknya dielakkan menghadap BARAT atau TIMUR.  
4. Cuba elakkan muka hadapan rumah hadap matahari naik dan turun. 
5. Haba dan silau paling banyak datang dari dua arah mata angin ini antara jam 3 hingga 6 petang. 
6. Begitu juga sekiranya kita menghadap ke TIMUR, matahari naik. Dari segi masa pendedahan kepada matahari, pagi dan petang sama sahaja.
7. Arah muka depan rumah teres yang paling sesuai adalah UTARA dan SELATAN. 
8.  Sekiranya hanya ada dua pilihan antara TIMUR dan BARAT, maka pilih lah yang menghadap timur, kerana matahari pagi lebih segar.
9. Menghadap BARAT paling teruk kesan haba kerana kepanasan habanya akan berlarutan hingga ke malam. 
10. Dinding rumah yang terkena panas akan menyimpan haba panas dalam dinding dan bila malam sejuk, haba ini akan dilepaskan pada penghuni waktu malam. 
Sampaikan pada adik dan kawan kita agar mereka faham dan tak salah beli rumah nanti.
Sumber FB