CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

tips

Harga Kereta Perodua Selepas SST Bulan September 2018

Ada juga rakan-rakan sekerja saya yang masih lagi menunggu Perodua Myvi mereka untuk keluar dari kilang setelah sebulan lebih loan telah diluluskan. Menarik bukan? Justeru ini sekaligus mampu memberikan pandangan pertama bahawa harga kenderaan akan meningkat naik menjelang September 2018 nanti. Malah ada sales advisor mereka mengatakan harga kemungkinan besar akan naik 5-10%

Mulai September 2018 Kerajaan akan melaksanakan semula sistem cukai SST di Malaysia. Keadaan ini menjadi tanda tanya terutamanya terhadap industri otomobil atas impak harga kenderaan mulai September 2018 nanti. Tidak dinafikan masih ada syarikat yang masih bermain teka teki tentang harga baru kenderaan menjelang September 2018 ini.

Saya sendiri telah dua tiga kali pergi ke showroom Perodua untuk bertanyakan hal ini dan rata-rata mereka mengatakan kehabisan stok dan perlu menunggu harga baharu yang akan diumumkan kelak setelah SST dilaksanakan. Dalam perancangan saya ingin membeli sebuah Axia 1.0 G jika tiada halangan.

Selain itu ada sales advisor Perodua sendiri yang mengatakan masa semakin suntuk untuk membuat pinjaman bank untuk sebuah kereta Perodua baru. Menurut beliau semua bank telah stop memberi kelulusan pinjaman sewa beli kenderaan sehinggalah harga baharu kenderaan diumumkan setelah SST dilaksanakan semula.

Sejauh mana kebenarannya hendaklah kita lihat apa akan terjadi menjelang September 2018 nanti.

Senarai Harga Terkini 2018 bagi Perodua AXIA

Perodua Axia Standard E – Manual(solid) RM23,896.55
Perodua Axia Standard E – Manual(metallic) RM23,896.55

Perodua Axia Standard G – Manual(solid) RM33,772.15
Perodua Axia Standard G – Manual(metallic) RM33,772.15

Perodua Axia Standard G – Auto(solid) RM35,599.70
Perodua Axia Standard G – Auto(metallic) RM35,599.70

Perodua Axia SE – Manual(solid) RM36,854.85
Perodua Axia SE – Manual(metallic) RM36,854.85

Perodua Axia SE – Auto(solid) RM38,782.40
Perodua Axia SE – Auto(metallic) RM38,782.40

Perodua Axia ADVANCE – Auto(solid) RM41,764.85
Perodua Axia ADVANCE – Auto(metallic) RM41,764.85