CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

miti saham

Contoh Surat Permohonan Langganan Saham MITI Bagi Penjawat Awam

Pelabur saham akan membeli saham melalui broker ataupun bank pelaburan. Satu lagi cara lain adalah melalui MITI yang peruntukkan jualan Saham Khas Bumiputera. Peruntukan saham ini terlebih dahulu diumumkan sebelum dibuka untuk cabutan awam melalui IPO. Bermakna anda berpeluang untuk beli saham ini lebih awal sebelum ianya dijual kepada orang awam. Teruskan bacaan untuk cara-cara memohon saham melalui MITI.

Syarat Layak Memohon Saham Khas Bumiputera
-Warganegara Malaysia;
-Berstatus Bumiputera;
-Berumur 18 tahun ke atas; dan
-Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
Nota:
Pelajar adalah tidak layak memohon.
Dokumen-dokumen Berkaitan Yang Diperlukan Untuk Memohon
Dokumen yang anda perlukan untuk permohonan saham melalui MITI adalah seperti di bawah:
1. Cetakan Borang Permohonan Individu IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online)
Nota: Borang diperolehi setelah mengisi permohonan secara online disini
2. Penyata Kewangan
⚬ Cetakan atau salinan penyata bank 3 bulan terkini bertransaksi (Maybank, CIMB,
dan lain-lain) ATAU
Nota: Dapatkan penyata secara online melalui Maybank2u atau CIMBClicks
⚬ Cetakan penyata ASB/ASN/ASD/ASW 6 bulan terkini (Online atau di cawangan
ASNB); ATAU
Nota: Dapatkan penyata secara online melalui MyASNB
⚬ Cetakan penyata di cawangan atau 3 mukasurat terakhir terkini (Buku) Tabung Haji
Nota: Dapatkan penyata secara online melalui THiJARI
3. Surat kebenaran rasmi Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen (Bagi Pegawai Kerajaan)
Nota: Contoh surat kebenaran seperti di bawah
4. Cetakan atau Salinan Penyata Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia
Depository Sdn. Bhd. (terkini).
Nota; Boleh diperolehi melalui Bursa Market Place secara online
5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran atau Surat Pengesahan Status Bumiputera yang
jelas dan disahkan.

Di bawah, diberikan contoh surat permohonan kepada ketua jabatan bagi penjawat awam untuk memohon saham melalui MITI.
CONTOH SURAT

MOHD XXXXX BIN XXXXX
SEKOLAH KEBANGSAAN XYZ
3xxxx SIMPANG XXXXX XXXXX
PERAK
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN XYZ
3xxxx SIMPANG XXXXX XXXXX
PERAK         6 MEI 2021
Tuan,
PERMOHONAN LANGGANAN SAHAM DI BAWAH PERUNTUKAN SAHAM KHAS KEPADA PELABUR BUMIPUTERA DI BAWAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI)
Perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan bahawa saya ingin memohon Peruntukan Saham Khas Bumiputera MITI seperti maklumat berikut:-
Nama pemohon: MOHD XXXXX BIN XXXXX
No Kad Pengenalan: XXXXXX-XX-XXXX
Nama syarikat yang menawarkan saham: HARPS HOLDINGS BERHAD
Bilangan unit saham dipohon: 180000 unit
3. Sehubungan dengan itu saya berharap permohonan ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak tuan. Bersama-sama ini dilampirkan borang permohonan saham (individu) yang telah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen sokongan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…………………………………………
(MOHD XXXXX BIN XXXXX)
XXXXXX-XX-XXXX
Fail ini juga boleh dimuat turun di sini – https://bit.ly/35LrCBu