CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

cerita lawak

CERITA LAWAK: Pengganti Suami

Di tanah perkuburan, seorang ustaz mendekati wanita cantik yang baru kehilangan suaminya.

*Ustaz:* (Berbisik) Saya turut berdukacita atas pemergian suami kamu. Semoga suami kamu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

*Wanita:* Mudah-mudahan. Terima kasih Ustaz.

*Ustaz:* Kamu tak boleh lama2 larut dalam kesedihan. Bolehkah saya menggantikan tempat suami kamu?

*Wanita:* Ustaz serius ke?

*Ustaz:* Ya, saya benar2 serius!

Tiba-tiba wanita itu berkata kepada si penggali kubur.

*Wanita:* Pak Cik! Tolong gali semula kubur suami saya tu kerana ustaz ini ingin menggantikan tempatnya!

*Ustaz:* Astaghfirullah….