CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

cerita lawak

CERITA LAWAK: Nenek Oh Nenek

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.

Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, “Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi.” Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator.

Nenek Siti berkata, “Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu.”