CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

cerita lawak

CERITA LAWAK: Geng Takut Bini

Dua orang suami ‘geng takut bini’ tengah bersembang di tepi pagar rumah sebelum masuk maghrib…

Suami 1: Semalam bini aku suruh aku basuh kain. Aku apa lagi…tengking dia balik la.

Suami 2: Wow…hebat kau. Apa yang kau tengking bini kau tu? Mesti dia takut tak ingat kan…

Suami 1: Aku jerit kuat-kuat. “SABUN MANA !!! ?”. Padan muka bini aku. Ingat kita takut ke.

Suami 2: Cetttt….pooodahhh…