CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

cerita lawak

CERITA LAWAK: Buah Durian

Hah , sebelum berhenti rehat class online hari nie , cikgu nak tanya sikit ,  sekarang musim durian ,  macam mana nak pilih buah durian yang bagus !
Mat Idui : Bapak saya kata tengok durinya cikgu , duri beso , isi sedap !
Mat Tikus : Tengok tangkeinya cikgu , kalau masih bergetah buah baru le tu , pilih tankei yang panjang cikgu , isi sedap !
Mat Ten : cikgu , cium cikgu ! cium ! kalau baunya kuat …sedap le cikgu .
Mat Pengko : Tak de nya cikgu , cara paling betul , goncang buah tu , kalau bergego bunyinya , buah baik le tu .
Senah : Kalau ayah saya , dia tak tengok semua tu !
Cikgu : Habis dia tengok apa ?
Senah : Tengok duit , tak de duit cakap pun tak guna cikgu !