CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2020 pdp rph

Cara Menulis Kriteria Kejayaan Di Dalam RPH

Cara Menulis Kriteria Kejayaan Di Dalam RPH
Cara Menulis Kriteria Kejayaan Di Dalam RPH

Di sini saya akan tunjukkan cara yang betul untuk menulis kriteria kejayaan di dalam rancangan pengajaran harian.

Kriteria kejayaan adalah salah satu elemen yang sangat penting di dalam penulisan RPH. 

Kriteria kejayaan perlu di tulis kerana guru dapat mengetahui, apakah dapatan akhir yang akan diperolehi oleh murid setelah selesai sesi pdp pada hari tersebut. 

Kriteria kejayaan dapat diukur dengan berpandukan pada objektif pengajaran pada hari tersebut.

Apakah maksud kriteria kejayaan?

Kriteria kejayaan ialah elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran.

Contoh objektif pengajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid boleh menulis 3 ayat majmuk untuk menerangkan gambarajah yang diberi.

Contoh kriteria kejayaan

1. Murid boleh mengenal pasti jenis kategori dan elemen-elemen di dalam gambar rajah yang diberi.

2. Murid dapat menguasai jenis-jenis kata majmuk.

3. Murid boleh menulis ayat yang gramatis dan boleh menghasilkan ayat majmuk.