CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2020 pdp

Cara Mengira Bilangan Minggu Pengajaran Bagi Sekolah Rendah

Peruntukan Masa Minimum Pengajaran Sekolah Rendah Mengikut Jam Setahun

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6

Bermula tahun 2017, murid tahun 1 akan mempelajari sukatan pelajaran KSSR (semakan) 2017. Terdapat pelbagai perubahan dan penambahbaik terhadap KSSR ini. Rujuk di bawah ini untuk melihat perubahan KSSR (semakan) ini.

Hasil daripada perubahan tersebut juga, KPM telah mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan pelaksanaan masa dan jam bagi semua mata pelajaran di peringkat rendah.

Boleh rujuk perkara ini pada maklumat di bawah.

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 1, 2, 3

Contoh pengiraan cara memilih bilangan minggu pengajaran bagi 1 tahun pengajaran

Mula-mula sekali pilih subjek Bahasa Melayu kerana subjek ini paling banyak waktu.

Bahasa Melayu = 192 jam untuk setahun

Bilangan waktu maksimum bagi Bahasa Melayu ialah 12 waktu bersamaan 6 jam seminggu.

Kita boleh pilih bilangan waktu bagi Bahasa Melayu ialah antara 9 hingga 12 waktu seminggu.

1 waktu = 30 minit

Bagi sekolah saya, masa peruntukan bagi Bahasa Melayu ialah 12 waktu seminggu atau bersamaan 6 jam seminggu.

Jadi, bilangan jam setahun Bahasa Melayu 192 jam bahagi dengan 6 jam (bilangan jam seminggu)

192 / 6 = 32

Maknanya, bilangan minggu bagi sesi pengajaran sekolah saya ialah 32 minggu. Jadi lebihan minggu sebanyak 10 minggu lagi untuk menjalankan aktiviti lain semasa sesi persekolahan.

Lebihan minggu yang lain, boleh digunakan untuk Hari Sukan, Hari Perkhemahan kokurikulum dan lain-lain yang membolehkan Pengajaran tidak dilaksanakan kerana melaksanakan aktiviti tersebut semasa hari persekolahan.

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6

Mata Pelajaran & Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, 5, 6

Panduan Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Kesenian

Rajah menunjukkan panduan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan kesenian bagi tahap 1. Ia perlu dilaksanakan secara berturutan iaitu komponen seni visual 2 waktu dan komponen muzik 1 waktu. Jadi 3 waktu (90 minit) bagi Pendidikan Kesenian dalam satu hari untuk satu kali seminggu. Tidak boleh diasingkan.