CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

tips

Cara Guna Mesin Layan Diri Duit Syiling Di Maybank

Korang ada banyak siling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling. Maybe ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ni saya share kan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.

Ini step-step dia:
1️⃣ Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Utk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.

2️⃣ Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent utk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.

3️⃣ Tekan butang ‘A’ utk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ utk continue. Duit-duit yg tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.

4️⃣ Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu utk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, no acc dan juga no telefon.

5️⃣ Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form utk diisi. Isi nama, no acc dan jumlah wang syiling yg dah di deposit tadi.

6️⃣ Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke acc petang nanti (kalau pergi pagi la)

Sedikit info dan peringatan :
✅ Sebelum pergi, cuba call dulu cawangan tersebut utk check availaibility of the machine. Kot2 tengah maintenance ke kan. Kot2 dah takde ke kan. Buang masa je datang.

✅ Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan mcm cash deposit machine mcm biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan.

✅ Resit tu valid satu hari je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pulak. Haha.

✅ Kira betul2 jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dgn yang dikira di mesin.

Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U)

🏦KL Main Branch
🏦Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
🏦Shah Alam Main Branch
🏦USJ Subang Jaya Branch
🏦Seremban Branch
🏦Jelapang Branch
🏦Melaka Main Branch
🏦Johor Bahru Main Branch
🏦Jelutong Branch
🏦Alor Star Branch
🏦Taman Tas Branch
🏦Kuala Terengganu Branch
🏦Kota Bharu Branch
🏦Wisma Satok Branch
🏦Kota Kinabalu Branch
🏦Rawang Branch
🏦Bandar Baru Selayang Branch
🏦Bandar Sunway Branch
🏦Equine Park Branch
🏦Station 18, Ipoh Branch
🏦Skudai Branch
🏦Batu Pahat Branch
🏦Prai Industrial Estate Branch
🏦Legenda Heights Branch
🏦Pulau Langkawi Branch
🏦Paka Branch
🏦Tanah Merah Branch
🏦Mutiara Damansara Branch

So jgn letak merata rata duit syiling tu. Kumpul dlm tabung, dah banyak boleh masukkan dlm mesin tadi 😊. Selamat menabung!

Sumber FB