CikguAzman.com

perkongsian dari seorang guru

2020

5 Resepi Ringkas Ibu Bersalin Semasa Berpantang

Resepi-resepi ini amat sesuai dimasak oleh suami-suami yang sayangkan isteri tengah berpantang. Semestinya sangat mudah, ringkas, cepat dan sedap.
Lepas ni isteri mesti lebih sayangkan bro-bro semua yerrr… Hensem, sado dan pandai masak pulak tu, pekej lengkap tu bro 😉

RESEPI IKAN BILIS MASAK ASAM

Bahan
1 mangkuk ikan bilis
1/2 mangkuk hirisan ubi kentang
Bawang putih,bawang merah dan bawang besar sikit*
Air asam jawa sikit

Cara Memasak
Hiris bahan yg bertanda * . Goreng ikan bilis dan ubi kentang kemudian ketepikan. Guna minyak yang sikit, tumis semua bahan bertanda *, kemudian setelah layur, masukkan ikan bilis dan ubi kentang yg dh digoreng tadi. Dah sebati semua, masukkan air asam jawa. Tumis hingga sebati, perasakan dgn garam & lada hitam.

RESEPI IKAN MERAH TUMIS BAWANG

Bahan
1 keping isi ikan merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia muda
Daun bawang sedikit

Cara Memasak
Perap ikan dgn garam bersama alda hitam . Goreng ikan merah guna minyak yang sedikit, ketepikan. Tumis bawang halia masukkan semula ikan yang dah digoreng tadi. Kemudian masukkan daun bawang. Hidangkan dengan nasi panas.

BUBUR NASI IKAN MERAH

Masak bubur nasi seperti biasa, masukkan hirisan halia, kemudian dah separuh masak, masukkan carrot dipotong dadu and isi ikan merah yang dihiris. Tnggu sehingga masak, perasakan dgn garam. Hidangkan dengan serunding halia, daun bawang, crunchy garlics

SAMBAL LADA HITAM TOK TOK
Bahan
ikan bilis,
bawang merah,
bawang putih,
bawang holland besar,
lada hitam.

Cara Masak
Layurkan kesemua bahan tu, kemudian tumbuk dgn sedikit garam. Siap, sedap sangat  dimakan bersama nasi panas.

RESEPI SERUNDING HALIA MUDA GORENG
Potong halus jejari atau kalau rajin , parut halia muda dan goreng menggunakan minyak yang sedikit serta api yang perlahan. Walaupun mengambil masa , tapi sangat elok supaya badan ibu yang bersalin menjadi panas dan mengeluarkan angin daripada badan.Nanti bonus kurus cantik selepas tempoh berpantang.